Pas anggap rundingan terus tidak salah, isu sebenar PH tidak tepati janji

Muhafandi Muhamad
Ogos 27, 2020 17:13 MYT
imbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika mengulas isu pemberian 101 tender projek secara terus berjumlah membabitkan nilai RM6.61 bilion sewaktu kerajaan PH mentadbir.
Pas menganggap pemberian tender secara rundingan terus tidak menjadi kesalahan, sebaliknya isu sebenar adalah kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menepati janji.
Naib presiden parti itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata PH pernah berjanji untuk tidak memberikan tender secara rundingan terus, namun yang berlaku adalah sebaliknya.
"Dari sudut kerajaan, direct nego ini bukan sesuatu yang salah... tender ini dia tiga (kaedah). Pertama open tender, kedua selected... kita pilih beberapa syarikat kemukakan cadangan dia... satu lagi negotiate atau tender runding (terus).
"Semua ini dari segi asas tak salah. Yang jadi isu hari ini kerana janji Pakatan Harapan... mereka berjanji bahawa mereka tidak ada direct nego waktu memerintah... itu isunya, soal janji ini... BN (Barisan Nasional) dulu pun ada... biasalah dalam kerajaan," katanya.
BACA: Dewan Rakyat 'panas' isu kelulusan 101 projek bernilai RM6.61 bilion
BACA: Isu lulus 101 projek secara rundingan terus: Guan Eng sifatkan ia sebagai 'lumrah'
Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika mengulas isu pemberian 101 tender projek secara terus berjumlah membabitkan nilai RM6.61 bilion sewaktu kerajaan PH mentadbir.
#Barisan Nasional #kerajaan #Menteri Besar #Mohd Amar Nik Abdullah #Pakatan Harapan #PAS #presiden #rundingan terus
;