Pas akan penuhi undangan UMNO ke PAU

Sinar Harian
September 16, 2018 04:59 MYT
Abdul Hadi menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, 16 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Pas akan memenuhi undangan UMNO bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung 30 September ini.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya beliau tidak dapat menghadirinya, ia akan diwakili oleh pimpinan lain.
Sambil mengakui telah menerima jemputan rasmi, katanya, pihaknya tidak akan menghampakan UMNO.
"Saya akan pertimbangkan untuk hadir ke PAU. Nantilah, lihat dahulu keadaan kesihatan saya.
"Kalau saya tak dapat hadir, saya akan mewakili kepada kepimpinan Pas yang lain untuk memenuhi undangan itu," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu pada sidang media selepas ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Pas ke-64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, pada Ahad.
BACA: Rombongan UMNO meriahkan Muktamar Pas
BACA: Pemimpin UMNO hadir Muktamar Pas, ini respons Hadi
BACA: 'Kerjasama UMNO-Pas bukan untuk Islam'
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO menjemput presiden dan pimpinan tertinggi Pas untuk turut hadir sempena PAU yang akan diadakan hujung bulan ini.
Katanya, ia sebagai membalas jemputan ke Muktamar Tahunan Pas kali ini.
#Abdul Hadi Awang #Ahmad Zahid Hamidi #jemputan #Muktamar Tahunan PAS #PAS #PAU #Perhimpunan Agung UMNO #Presiden Pas #UMNO
;