Parti tidak penting di PRN Sabah - Penganalisis politik

Umavathi Ramayah
September 12, 2020 09:17 MYT
Hamidin Abd Hamid berkata dalam konteks politik Sabah, ia hanya digunakan sebagai platform untuk bertanding dalam PRN. -Astro AWANI
PARTI tidak memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Sebaliknya Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata dalam konteks politik Sabah, ia hanya digunakan sebagai platform untuk bertanding dalam PRN.
Menurutnya, faktor tersebut yang dilihat sebagai mendorong kepada isu lompat parti sehingga mengakibatkan Sabah terkenal sebagai negeri lompat parti.
Katanya, dinamika itu sebahagiannya disebabkan pemimpin politik yang sentiasa berubah-ubah.
"Parti hanya dijadikan sebagai paltform untuk bertanding tetapi yang sebenarnya kekuatan seseorang individu yang mewarna persaingan dalam meraih undi," katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI, di sini, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Hamidin berkata dalam konteks politik di Sabah ada tiga perkara yang perlu dilihat, pertama personaliti, kedua kawasan dan ketiga adalah etnik.
Menyentuh mengenai etnik di Sabah, katanya, ia adalah menarik memandangkan tiada satu-satu etnik yang mendominasikan negeri tersebut.
#Astro Awani #etnik #lompat parti #pilihan raya #PRN Sabah #Sabah Memilih
;