Parti Gerakan bersiap sedia hadapi PRU14 - Mah

Bernama
Mac 13, 2017 08:24 MYT
MAH: Jentera parti telah bersedia. - Gambar fail
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata parti Gerakan telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sejak tahun lepas.
Mah yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata jentera pilihan raya Gerakan telah bersedia sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Jentera parti telah bersedia sama ada bagi kerusi yang ditandingi parti Gerakan mahupun, membantu calon parti komponen Barisan Nasional yang lain," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya DUN Bukit Kepayang di sini, pada Ahad.
Turut hadir ialah Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Datuk David Choong Vee Hing.
Ditanya adakah kementeriannya mengeluarkan surat pekeliling seperti Jabatan Penerangan mengenai pembekuan cuti persendirian atau urusan peribadi ke luar negara bagi semua petugas jabatan tersebut mulai 1 Mei depan, Mah berkata kementerian beliau tidak ada peraturan seperti itu.
-- BERNAMA
#Barisan Nasional #GERAKAN #mah siew keong #PRU14