Datuk Mohamed Ezam Mohd Noor yang mengumumkan penubuhan Parti Bebas Rasuah menjelaskan parti itu hanya akan memberi perhatian kepada satu isu iaitu rasuah.

Mohamed Ezam juga menjelaskan, di negara luar telah terbukti parti-parti kecil yang fokus kepada satu isu telah berjaya.

Katanya, pengalaman menyertai beberapa parti lain sebelum ini membuatkan beliau perlu fokus kepada satu isu.


Jelas beliau, parti baharu itu tidak mengejar kuasa sebaliknya mahu memastikan tiada salah guna kuasa dan tidak memberi fokus kepada individu semata-mata.

Jelas Mohamed Ezam lagi, parti itu memberi fokus kepada Kementerian Kewangan kerana beliau berpendapat di situ lubuk bermulanya salah guna kuasa.