Parlimen: Sembang 'kencang', 'kosong' dan 'kepala otak bodoh' ganggu mukadimah Hamzah

Umavathi Ramayah
Februari 27, 2023 15:13 MYT
Dewan Rakyat kecoh seketika ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memulakan sesi perbahasan Belanjawan 2023. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memulakan sesi perbahasan Belanjawan 2023.
Beberapa ahli Parlimen bangun menyifatkan ucapan Ketua Pembangkang itu sebagai 'kosong' meskipun sudah 15 minit berlalu.
"Saya dengar ucapan Larut (Hamzah) selama 17 minit dengan teliti kerana ini adalah ucapan kali pertama Larut sebagai Ketua Pembangkang. Lazimnya Ketua Pembangkang goverment in waiting, dan Larut adalah Prime Minister in waiting.
"Saya ada expectation tinggi terhadap Larut tetapi telah dengar 17 hingga 18 minit ucapan Larut tidak straight to the point kerana tak ada isi, hanya sembang 'kencang'.
"Saya mengharapkan pembangkang boleh bangkitkan belanjawan bayangan, tetapi setakat ini pembangkang tak buat kerja...kalau nak jadi pembangkang yang membina, bawalah belanjawan bayangan..sekarang tak ada, ada Tasek Gelugor (Datuk Wan Saiful Wan Jan) yang cerdik pandai pun tak bawa (belanjawan bayangan).
"Saya rasa kecewa, pembangkang ini tidak konstruktif langsung," Ahli Parlimen Bayan Lepas, Sim Tze Tzin.
Ucapan YB Larut tiada isi, sembang kencang - YB Bayan Baru
Tidak habis di situ, Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) pula bangun dengan mendakwa Chuan How hanya berniat untuk mengacau Hamzah.
Bagaimanapun, Chuan How mempersoalkan dakwaan dibuat oleh Shahidan sambil menyifatkan adakah beliau boleh membaca perkara di dalam “kepala otaknya”.
Shahidan kemudiaannya membalas 'kepala otak kau bodoh'.
Speaker Datuk Johari Abdul kemudiannya mententeramkan pertikaman lidah itu sambil meminta Chuan How agar duduk.
#Hamzah Zainuddin #Ketua Pembangkang #Dewan Rakyat #kepala otak bodoh
;