IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menerima baik keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mendesak kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kembali bersidang.
Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, keputusan itu menunjukkan kematangan politik UMNO walaupun parti itu menjadi sebahagian daripada anggota kerajaan.
Katanya, ketegasan UMNO dalam membuat ketetapan itu juga disifatkan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.
“Kenyataan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan agar Parlimen dan DUN dibenarkan bersidang semula menunjukkan kematangan politik UMNO walaupun sedang berada di dalam kerajaan.
“Situasi rakyat yang semakin meruncing pasca pandemik COVID-19 di samping ketiadaan semak dan imbang bagi sebuah pentadbiran yang demokratik hanya mengundang kemudaratan kepada ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Farhash Wafa berkata, timbul persoalan mengenai Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) ia dibimbangi tidak diuruskan dengan baik.
Katanya, malah KWAN bakal menghadapi risiko dijarah sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus menggunakan kuasa darurat untuk mengelak akauntabiliti.
“Semoga (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap terbuka dalam hal ini dan menyedari bahawa pentingnya amanat rakyat diutamakan sebelum kepentingan politik,” katanya lagi.
Pada Ahad, MT UMNO memutuskan untuk mendesak dan mengesyorkan kepada kerajaan agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat kembali bersidang.
Ahmad berkata keputusan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.
BACA: Ordinan Darurat: Parlimen akan bersidang bila tiba masa yang sesuai - Takiyuddin
Ujarnya UMNO bertegas bahawa kerajaan sedia ada tidak boleh dilihat sebagai cuba memandulkan amalkan demokrasi berparlimen.
Amirrul Rabbani
Mon Apr 26 2021
Menurut Farhash Wafa, ketegasan UMNO dalam membuat ketetapan itu juga disifatkan selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini. - Gambar fail
Dr Wan Azizah cadang wujudkan 'rumah kucing'
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan supaya 'rumah kucing' diwujudkan bagi menjaga kebajikan kucing gelandangan, terutama di kawasan perumahan kos rendah.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Pendapatan Selangor tidak hanya bergantung kepada hasil tanah - Amirudin
Amirudin berkata pentadbirannya tidak hanya bergantung kepada hasil tanah dan sumbangan kerajaan Persekutuan dalam menambah hasil negeri.
Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Percepat dan nyatakan tarikh sidang Parlimen dalam masa terdekat - Undi18
Kerajaan digesa mempercepatkan dan menyatakan dengan jelas tarikh sidang Parlimen dalam masa yang terdekat.