Pantau organisasi agar hormat Islam sebagai agama Persekutuan - Hadi

Hafiz Marzukhi
Mei 1, 2017 16:52 MYT
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata RoS perlu memastikan organisasi ini bukan sahaja menghormati tetapi mematuhi peruntukan di bawah Perlembagaan. -Gambar fail
Pas menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk melihat semula sama ada organisasi yang berdaftar dalam negara ini menghormati Perlembagaan Malaysia.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata RoS perlu memastikan organisasi ini bukan sahaja menghormati tetapi mematuhi peruntukan di bawah Perlembagaan.
"Adakah mereka menghormati Islam sebagai agama Persekutuan?
"Ini perlu dilihat," kata Abdul Hadi ketika sesi penggulungan di Muktamar Pas Pusat ke-63 di Kompleks Pas, Kota Sarang Semut dekat sini.
Muktamar tahunan Pas kali ini bermula Sabtu dan berakhir hari ini.
#Abdul Hadi Awang #hormati Islam #Muktamar Pas #Muktamar Pas Pusat #Pendaftar Pertubuhan #Perlembagaan Malaysia #ros
;