Pakatan Harapan umum pembaharuan fiskal 100 hari pertama jika menang
Nursyazwani Saiful Sham
Mei 8, 2018 19:26 MYT
Mei 8, 2018 19:26 MYT
Pakatan Harapan (PH) umum akan membuat pembaharuan fiskal untuk 100 hari pertama jika menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan berlansung esok.
PH dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagi memastikan fiskal yang bertanggungjawab, mereka akan menilai semula tanggungjawab, komitmen, perbelanjaan dan liabiliti berkenaan pendapatan, aset dan pendapatan kerajaan secara menyeluruh.
"Ia (pembaharuan) bertujuan untuk memperbaiki pelaburan, mengurangkan kos sara hidup dan menjalankan perniagaan serta meningkatkan daya saing negara dengan menggalakkan ekonomi yang lebih pesat.
"Beberapa nama besar rakyat Malaysia telah bersetuju untuk berganding bahu dalam usaha ini antaranya adalah bekas presiden Petronas, ahli perniagaan Hong Kong, bekas pegawai kanan dan pakar ekonomi," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
#ekonomi malaysia
#fiskal negara
#Lim Guan Eng
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Memilih
#Mohamad Sabu
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PRU14
#Wan Azizah