Pakatan Harapan tidak tergugat dengan pakatan baharu Pas - Wan Azizah

Bernama
Mac 13, 2016 11:53 MYT
WAN AZIZAH: PAS masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya.- File photo
Pembentukan pakatan baharu pembangkang oleh PAS tidak akan menggugat Pakatan Harapan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Forum Sambutan Hari Wanita Sedunia peringkat Parlimen Permatang Pauh di sini hari ini, beliau berkata pihaknya tidak berasa gusar kerana Pas masih bertindak sebagai pembangkang dan bukan sebaliknya.
Ketika ditanya sama ada akan wujud kerjasama dengan pakatan pembangkang baharu itu, Dr Wan Azizah berkata: "Belum lagi...kita tunggulah (Pas umum) 16 Mac ini...sabar."
Khamis lepas, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata Pas akan membentuk pakatan pembangkang yang baharu pada 16 Mac ini.
BACA: Pas akan bentuk blok baharu pembangkang 16 Mac ini - Takiyuddin
BACA: Pakatan baharu Pas matangkan politik negara - Zahid
Parti itu akan menjalin kerjasama dengan sebuah parti yang tidak dinamakan bagi memperkukuhkan kedudukannya untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
#Pakatan Harapan #PAS #Wan Azizah Wan Ismail