Pakatan Harapan letak Mat Sabu di Kota Raja

Irwan Muhammad Zain
April 22, 2018 17:19 MYT
Mohamad diumumkan sebagai calon Parlimen Kota Raja pada PRU14. - Gambar fail
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan untuk kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dr Siti Mariah Mahmud yang sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Kota Raja diletakkan sebagai calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang.
Amanah diberikan 5 kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN.
Khalid Abdul Samad dan Mohamed Hanipa Maidin kekal bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam dan Sepang, manakala Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin kekal bertanding di kerusi DUN Hulu Kelang dan Morib.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dicalon untuk kerusi yang sama sekali lagi, sementara Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus dinamakan sebagai calon untuk kerusi Parlimen Hulu Langat.
Perkara itu diumumkan oleh pengerusi AMANAH negeri Izham Hashim dalam acara di ibu pejabat parti serpihan PAS itu di Shah Alam hari ini.
Berikut adalah senarai kerusi:
Parlimen:
P.096 Kuala Selangor - Dr. Dzulkefly Ahmad
P.101 Hulu Langat - Hasanuddin Mohd. Yunus
P.108 Shah Alam - Khalid Abdul Samad
P.111 Kota Raja - Mohamad Sabu
P.113 Sepang - Mohamed Hanipa Maidin
DUN:
N.02 Sabak - Ahmad Mustain Othman
N.03 Sungai Panjang - Mariam Abdul Rashid
N.05 Hulu Bernam - Mohd. Amran Sakir
N.15 Taman Tampler - Mohd. Sany Hamzan
N.18 Hulu Kelang - Saari Sungib
N. 21 Pandan Indah - Ir. Izham Hashim
N.26 Sungai Ramal - Mazwan Johar
N.29 Seri Serdang - Dr. Siti Mariah Mahmud
N.42 Meru - Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar
N.53 Morib - Hasnul Baharuddin.
#Amanah #calon #Kota Raja #MalaysiaMemilih #Mohamad Sabu #pilihan raya #politik
;