Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pembentukan pakatan baharu pembangkang menggantikan Pakatan Rakyat (PR) tidak memberikan saingan kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya, pakatan baharu pembangkang yang bakal ditubuhkan tidak akan menggugat kestabilan politik UMNO, khususnya BN, pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Pakatan yang bakal ditubuhkan itu adalah acuan PR, tidak ada perubahan dalam pakatan tersebut yang mampu memberikan ancaman kepada UMNO," tegasnya.
Katanya lagi, pakatan baharu yang bakal menggabungkan DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) tetap akan dikuasai oleh DAP sepertimana PR sebelum ini.
"Parti yang bergabung dalam pakatan tersebut tetap mengikut telunjuk DAP, menjadi perkakas kepada parti rasis tersebut terutama GHB, yang dibarisi bekas pemimpin PAS yang kecewa," tegasnya.
Syed Ali mengulas tindakan DAP dan PKR akan menubuhkan pakatan gerakan baharu dengan turut disertai GHB bagi menggantikan PR ekoran PAS memutuskan kerjasama politik dengan DAP.
Pakatan pembangkang baharu yang bakal ditubuhkan itu juga akan menyisihkan PAS.
Walaupun dalam kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui peguamnya bagi mengumumkan penubuhan pakatan baharu itu tidak menyatakan dengan jelas kedudukan PAS, namun Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara terbuka menegaskan, PAS tidak akan dilibatkan atas alasan ‘menjadi punca kematian pakatan pembangkang’ sebelum ini.
Syed Ali mendakwa, pakatan baharu yang akan ditubuhkan pembangkang itu tidak mempunyai asas pakatan yang mampu memberikan keyakinan rakyat seperti yang dimiliki BN.
"Pakatan pembangkang hanya berpakat secara lisan, tidak ada persefahaman yang jelas, tidak berpaksikan kepada perlembangaan parti gabungan sepertimana diamalkan BN selama ini," ujarnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO dan BN Wilayah Persekutuan menegaskan pakatan pembangkang boleh hancur bila-bila masa sahaja sepertimana PR kerana ketiadaan asas pakatan yang kukuh.
Sehubungan itu, tambahnya, rakyat diingatkan agar tidak mudah terjerat dengan permainan politik pakatan pembangkang yang hanya mementingkan perjuangan untuk berkuasa.
"Untuk berkuasa, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan prinsip demokrasi dan menjadikan rakyat sebagai alat.
"Gabungan pembangkang tidak konsisten dalam perjuangan, sekadar untuk memuaskan nafsu politik mereka," ujarnya.
Mengulas kewujudan GHB yang dipelopori bekas pemimpin PAS yang kecewa, Syed Ali berkata rakyat sudah boleh menilai apa sebenarnya yang mereka perjuangkan.
"Dulu dalam PAS mereka ada jawatan, tetapi apabila kalah bertanding (muktamar), mereka kecewa dan akan tubuh parti baharu, jadi pemimpin jenis ini tidak boleh memberi sumbangan kepada rakyat," tegasnya.
Antara penggerak utama GHB ialah Mohamad Sabu atau mesra dikenali sebagai Mat Sabu; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Dr Hatta Ramli; dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib.
Syed Ali yang melabelkan golongan itu kecewa dan berjuang kerana jawatan turut berpendapat GHB tidak akan memberi ancaman besar kepada PAS.
"Pada saya, rakyat sudah kenal siapa mereka yang menggerakkan GHB, jadi kewujudannya tidak akan menggugat PAS pimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang," katanya.
Syed Ali juga berkata, UMNO tidak terjejas dengan kehadiran GHB kerana orang Melayu tidak mudah terpedaya dengan slogan dan retorik politik yang mereka laungkan.
"Pada pemerhatian saya, GHB hanya untuk memecahbelahkan PAS, sepertimana serpihan parti BERJASA dan HAMIM yang pernah ditubuhkan oleh bekas pemimpin parti itu," katanya.
Astro Awani
Thu Jul 23 2015
!['Pakatan baharu pembangkang tidak jejaskan BN' - Syed Ali 'Pakatan baharu pembangkang tidak jejaskan BN' - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437640522_SYEDALI.jpg)
SYED ALI: 'Pakatan baharu pembangkang tidak jejaskan BN' -Gambar fail
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Berjasa sedia kerjasama dengan PN Berjasa sedia kerjasama dengan PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677896294_Berjasasediakerja.jpg)
Berjasa sedia kerjasama dengan PN
Pendirian parti itu konsisten sejak sebelum PRU15 lagi dan akan kekal selagi tidak bercanggah dengan prinsipnya dan etika politik matang.
![Pejuang, Berjasa mohon sertai PN, keputusan dalam masa terdekat - Takiyuddin Pejuang, Berjasa mohon sertai PN, keputusan dalam masa terdekat - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668504041_TBTAKIYUDDIN.jpg)
Pejuang, Berjasa mohon sertai PN, keputusan dalam masa terdekat - Takiyuddin
PN akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung permohonan Pejuang dan Berjasa untuk menyertai gabungan mereka, Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
![Pas tidak akan sertai Gerakan Tanah Air - Takiyuddin Pas tidak akan sertai Gerakan Tanah Air - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647494724_TakiyuddinHassan.jpg)
Pas tidak akan sertai Gerakan Tanah Air - Takiyuddin
Pas tidak akan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
![Mohamad Ezam sah sertai Berjasa Mohamad Ezam sah sertai Berjasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61592123101_EzamMohd.jpg)
Mohamad Ezam sah sertai Berjasa
Mohamad Ezam disahkan mendaftar sebagai ahli Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) pada 1 Mei lalu.
![PRK Tanjung Piai: Pas sokong MCA, ini sebabnya... PRK Tanjung Piai: Pas sokong MCA, ini sebabnya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61573009057_TBHADIAWANG.jpg)
PRK Tanjung Piai: Pas sokong MCA, ini sebabnya...
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana muafakat tersebut sudah pun menonjolkan kaum Melayu.
![Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41566815233_GagasanSejahtera.jpg)
Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO
Gabungan parti politik yang terdiri daripada Pas, Ikatan dan Berjasa, terima kerjasama politik penyatuan ummah antara Pas dan UMNO.
![PRK Semenyih platform rakyat suarakan kemarahan terhadap PH - Asyraf Wajdi PRK Semenyih platform rakyat suarakan kemarahan terhadap PH - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544090443_TBPERHIMPUNANAGUNG.jpg)
PRK Semenyih platform rakyat suarakan kemarahan terhadap PH - Asyraf Wajdi
Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih perlu dijadikan platform terbaik bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap prestasi Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan.
![Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536637755_CameronHighlands.jpg)
Mahkamah isytihar kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal, tidak sah
Calon DAP M Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN )pada PRU14.
![PRU14: Hanya Pas di Wilayah Persekutuan, Ikatan, Berjasa tidak tersenarai PRU14: Hanya Pas di Wilayah Persekutuan, Ikatan, Berjasa tidak tersenarai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/51493345241_BenderaPas.jpg)
PRU14: Hanya Pas di Wilayah Persekutuan, Ikatan, Berjasa tidak tersenarai
Menurut Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad, dua parti komponen Gagasan Sejahtera itu akan bertanding di negeri-negeri lain.
![Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436798772_KHAIRUDDINOTHMAN.jpg)
Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR
Selain Mohd Khairuddin, sekurang-kurangnya empat wakil rakyat PAS yang lain juga dijangka akan menyertai PKR.