Oops! Kekecohan pada hari penamaan calon yang kita masih ingati dalam PRU terdahulu

Astro Awani
November 5, 2022 09:52 MYT
Hari Penamaan Calon tidak lepas dengan warna-warninya; ada yang kecoh, ada juga yang tenang dan berjalan lancar. - Gambar fail/Bernama
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Bugaya, Sabah pada Sabtu, 5 November.
Selepas 14 kali melalui Pilihan Raya Umum, Hari Penamaan Calon tidak lepas dengan warna-warninya; ada yang kecoh, ada juga yang tenang dan berjalan lancar.
Mari kita imbas beberapa insiden 'kekecohan' termasuk kertas pencalonan yang ditolak semasa Hari Penamaan Calon sebelum ini, baik bagi PRU mahu pun Pilihan Raya Kecil (PRK) atau Negeri (PRN).
PRU14 (2018)
  • Calon Bersatu, Pizi Jihat yang bertanding di kerusi DUN Bukit Pasir, dilaporkan hilang kelayakan kerana masalah dokumentasi.
  • Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Tan Yee Kew cemas apabila MyKad miliknya tertinggal ketika melengkapkan borang pencalonan (PRU14) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Berikutan kegagalan Yee Kew untuk menunjukkan kad pengenalnya, pegawai SPR tidak membenarkan proses pencalonan diteruskan. Bagaimanapun, masalah berkenaan dapat diselesaikan selepas Yee Kew menunjukkan salinan kad pengenalannya sebelum waktu penyerahan borang tamat.
  • PRK Kuala Kangsar (2016)
    #penamaan calon #PRU14 #PRU15 #pilihan raya kecil #Kuala Kangsar
    ;