Ong Tee Keat keluar MCA

Astro Awani
Mac 2, 2017 03:49 MYT
Katanya, beliau merasakan tidak lagi sesuai untuk kekal dalam parti itu dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya. - Gambar Bernama
Bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengesahkan beliau keluar dari MCA, lapor Malaysiakini.
Tee Keat pernah menjadi presiden MCA dan telah menjadi ahli parti itu selama lebih 30 tahun.
Berita mengenai bekas ahli parlimen Pandan keluar dari MCA itu pertama kali dilaporkan oleh China Press.
Menurut laporan China Press, keputusan Tee Keat untuk keluar parti itu berkuatkuasa sejak 2 Januari lalu.
Katanya, beliau merasakan tidak lagi sesuai untuk kekal dalam parti itu dan mengambil keputusan untuk meninggalkannya.
#MCA #Ong Tee Keat #politik