SHAH ALAM: Anak kepada Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mendakwa wujud pelanggaran etika ketika proses pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk, pada Sabtu.

Beliau berkata, pelanggaran itu membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar.

"WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang telah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.

"(Bagaimanapun) perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang.

"Undi sy 115/268 dan yang 'masih menang' 133/268. Ini telah dibawa ke Lembaga Pemilihan UMNO," katanya menerusi Instagram.

Pada Sabtu, Nurulhidayah gagal memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk pada pemilihan kali ini apabila tewas di tangan penyandangnya, Zarozatin Isa.

BACA: Nurulhidayah kecundang di Bagan Datuk, cemerlang di Pusat


Menerusi paparan gambar bersama kenyataan itu menunjukkan ayat berbentuk arahan dan meminta supaya perwakilan Wanita UMNO di bahagian itu supaya menyokong Zarozatin. - Sinar Harian