Nik Omar sebak di pusara bapa
Sinar Harian
April 30, 2018 23:13 MYT
April 30, 2018 23:13 MYT
Tiga hari selepas penamaan calon Pakatan Harapan yang bertanding di Dun Chempaka atas tiket PKR, Nik Omar Nik Abdul Aziz meluangkan masa menziarahi pusara Allayarham bapanya di Pulau Melaka, pagi tadi.
Beliau turut diiringi calon Dun Panchor, Hazmi Hassan yang turut sama mengaminkan doa yang dibacakan Nik Omar di pusara Musyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Hazmi berkata, suasana pada pagi itu bertukar sebak dan pilu ketika Nik Omar membacakan doa untuk arwah bapanya itu.
“Sebelum ini ustaz Nik Omar tidak pernah menjawab apa-apa pun tuduhan terhadapnya dan sentiasa tersenyum serta tenang, namun hari ini emosinya sedikit terusik.
“Mungkin ustaz (Nik Omar) teringatkan kenangan bersama Allahyarham bapanya,” tulisnya di laman Facebook.