Nik Omar panggil Tun M dan Siti Hasmah 'ayahanda, bonda'
Wan Syamsul Amly
Mei 3, 2018 23:59 MYT
Mei 3, 2018 23:59 MYT
Calon Pakatan Harapan bagi DUN Chempaka, Nik Omar Nik Abdul Aziz memanggil Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'ayahanda' dan Tun Hasmah Mohd Ali sebagai 'bonda'.
Katanya, panggilan itu merupakan semangat legasi yang diambil daripada Almarhum ayahnya, Nik Aziz Nik Mat.
"Antara Tun M dan Abdul Aziz ada perlawanan... tetapi apa jawapan Tok Guru Nik Aziz?
"Nik Aziz akan jawab dengan mula puji Tun M seorang pemimpin yang ada kebijaksanaan dan hebat dan dihormati oleh orang dunia, antaranya boleh pandu ke arah negara yang lebih baik," katanya semasa berucap pada Ceramah Kebangkitan Harapan pada Khamis.
Ini merupakan penampilan pertama Nik Omar di Wilayah Persekutuan.
Katanya, Almarhum merupakan seorang yang sentiasa mengambil berat kepada orang lain.
"Atas asas itulah, Almarhum, dia sebut kepada saya dia deman dan rasa nak ziarah Karpal Singh di Pulau Pinang semata-mata hendak sambut hari jadi dia.
"Pada waktu petang saya tahu dia sudah pergi ke Pulau Pinang. Tok guru hendak tunjuk negara majmuk, kita semua adalah warga Malaysia. Masing-masing punya hak," jelasnya.
#legasi
#MalaysiaMemilih
#Nik Aziz
#Nik Omar Nik Abdul Aziz
#Pakatan Harapan
#penegrusi PH
#politik
#Tun Mahathir Mohamad
#Tun Siti Hasmah