Negara perlukan sifat negarawan, tolak politik pentingkan diri
Kenyataan Media
Ogos 4, 2021 22:13 MYT
Ogos 4, 2021 22:13 MYT
1. ARMADA Bersatu Malaysia tetap setia dan teguh bersama-sama Presiden parti yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara ke fasa seterusnya.
2. Seperti yang diumumkan telah disembah maklum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri masih memegang keyakinan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka selayaknya akan meneruskan mandat itu untuk meletakkan negara di landasan menuju pemulihan ekonomi secara menyeluruh.
3. Seperti yang jelas disebut oleh YAB Perdana Menteri, sidang Parlimen pada September ini adalah forum terbaik untuk menentukan keabsahan kerajaan jika sentimen itu masih dimainkan oleh mana-mana pihak.
4. Walaupun terpaksa menghadapi agenda-agenda sabotaj ini, ARMADA sejak mula lagi tegas dengan pendirian untuk mengembleng seluruh jentera bagi menjayakan agenda Pelan Pemulihan Negara bagi memacu pemulihan ekonomi dan kesejahteraan rakyat sebagai jalan keluar dari pandemik COVID-19.
5. ARMADA Bersatu Malaysia sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan rakyat sebagai matlamat gerak kerja sayap, sejajar dengan ungkapan #MalaysiaPrihatin yang menjadi wadah kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.
* Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ketua ARMADA Nasional, merangkap Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional
#Armada Bersatu
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong