Nasrudin tidak terima notis saman Lim Guan Eng

Bernama
Ogos 16, 2014 13:50 MYT
NASRUDIN: Saya tidak akan memohon maaf kepada Lim
Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata beliau tidak menerima sebarang notis tindakan undang-undang daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaannya mengenai pembinaan terowong dasar laut di negeri itu diberi kepada sebuah syarikat secara rundingan terus.
Sambil menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan itu, Nasrudin berkata beliau juga bersedia berdepan saman itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Kemerdekaan anjuran PAS Pusat di Padang Temerloh Jaya di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Nasrudin yang juga Anggota Parlimen Temerloh berkata beliau telah membuat penjelasan berhubung kenyataannya itu dan tidak berniat membuat tuduhan kepada sesiapa.
Sementara itu, Mohamad berkata ketegangan membabitkan Nasrudin dan Lim adalah isu peribadi.
#kidex #Lim Guan Eng #Nasrudin Hassan #Penang tunnel