KUCHING: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mencurah bakti selama 23 tahun kepada rakyat Sarawak, khususnya penduduk Parlimen Kapit sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.
Bermula dengan menang kali pertama sebagai Ahli Parlimen Kapit dalam Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) pada 1999, Nanta, 64, telah membuktikan kecemerlangan kepemimpinannya dan kekal menjadi pilihan rakyat kawasan itu untuk mewakili mereka di peringkat Persekutuan hingga ke hari ini.
Semangat perjuangan memakmurkan rakyat memang sudah sebati dalam dirinya yang merupakan anak kepada Tan Sri Leonard Linggi Jugah, satu-satunya tokoh pemimpin Sarawak yang terlibat dalam menggubal Rukun Negara pada 1970 yang menjadi ideologi kebangsaan rakyat Malaysia sehingga kini.
Datuknya pula, mendiang Tun Jugah Barieng merupakan di antara tokoh pemimpin Sarawak yang terlibat dalam rundingan peringkat tertinggi sehingga membawa negeri Bumi Kenyalang ini menjadi sebahagian daripada Malaysia pada 16 Sept 1963.
Ibu Nanta, mendiang Puan Sri Margaret Linggi, dikenali sebagai pencinta seni tenunan kaum Iban dan telah menghasilkan sebuah buku bertajuk "The Ties That Bind: Iban Ikat Weaving" yang menceritakan secara mendalam mengenai seni itu.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Schiller International University, London, Nanta yang merupakan anak sulung dalam empat adik-beradik, meneroka dunia perniagaan setelah menamatkan pengajiannya pada 1983.
Pada tahun yang sama beliau mulai berjinak-jinak dengan dunia politik melalui penyertaannya dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti yang diasaskan oleh datuknya, Tun Jugah.
Kesungguhannya menyumbang bakti membolehkannya menaiki hirarki parti itu secara berperingkat, bermula sebagai ahli Majlis Tertinggi Pemuda PBB pada 1983 sehinggalah sebagai Setiausaha Agung parti, jawatan yang disandangnya sejak 2018.
Beliau menang dalam cubaan pertamanya bertanding untuk kerusi Parlimen Kapit dalam PRU10, menewaskan dua pencabar lain dengan majoriti besar sebanyak 11,016 undi dan memenangi kerusi itu tanpa bertanding pada PRU11 dan PRU12, seterusnya mempertahankan kerusi itu pada PRU13, PRU14 dan PRU15.
Pada era kerajaan Barisan Nasional (BN), beliau diberikan kepercayaan menyertai pentadbiran kerajaan sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, pada 2013 hingga 2018.
Ketika PBB bersama-sama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) mengambil keputusan keluar dari BN selepas PRU14 dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nanta dilantik sebagai setiausaha agung gabungan itu.
Perkhidmatan Nanta kembali ditagih pada 2020 berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dan beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di bawah dua kerajaan, masing-masing dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengiktiraf keperluan perkhidmatan Nanta dan menyenaraikannya dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai Menteri Kerja Raya.
Sewaktu mengulas porfolio baru yang diterimanya itu, Nanta memberi jaminan akan meneruskan polisi kementerian berkenaan sebelum ini, selain menambah baik dasar yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara.
"Saya juga ingin menegaskan saya adalah 'menteri untuk semua, bukan hanya untuk Sarawak". Saya akan memastikan setiap usaha dan inisiatif yang diambil di bawah kementerian ini akan membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022
Nanta memberi jaminan akan meneruskan polisi kementerian berkenaan sebelum ini, selain menambah baik dasar yang boleh membawa manfaat kepada rakyat dan negara. - Gambar fail
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Unpacking the key drivers fueling economic expansion in 2024
Discussion with Chief Executive Officer, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr. Rosnani Rasul to understand the multifaceted dynamics shaping Malaysia's economic landscape in 2024. From projected GDP growth and robust private consumption to navigating global economic conditions and commodity price volatility, the country faces both opportunities and challenges.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.
Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet
Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.
Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.
Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.
Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengenepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.
Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang
Kabinet baharu disifatkan sebagai sebuah Kabinet yang agak besar.
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.