Najib ucap takziah kepada keluarga Wong

Bernama
Jun 22, 2014 06:23 MYT
Wong dikesan menghidap tumor otak pada Januri tahun lepas. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng, yang meninggal dunia akibat kanser malam tadi.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mendiang pengerusi DAP Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng, yang meninggal dunia semalam," tulis Najib dalam laman Twitter beliau.

My condolences to the family & friends of the late DAP Sarawak state chairman & Bukit Assek DUN Wong Ho Leng who passed away yesterday.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 22, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut DAP, Wong meninggal dunia pada 10.50 malam.
Wong, 54, dikesan menghidap tumor otak pada Januri tahun lepas.
Beliau mendapatkan rawatan di Singapura awal tahun ini dan menerima jagaan paliatif di Pusat Perubatan Rejang di Sibu, Sarawak.
#Najib Razak #takziah #Twitter #wong ho leng