Najib terus 'bahan' PH, kali ini pasal duit minyak
Astro Awani
Januari 14, 2019 21:53 MYT
Januari 14, 2019 21:53 MYT
Status 'membahan' kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dimuatnaik oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian netizen.
Terbaharu, ciapan beliau yang menyindir PH mengenai kaunter duit minyak mendapat 3,800 likes dan 3,500 retweet.
"Kaunter claim duit minyak Pakatan Harapan kat mana?" tanya Najib dengan sinis.
Sindiran itu dibuat ekoran kenyataan PH mengenai gambar wanita memberikan wang kepada beberapa masyarakat Orang Asli yang tular ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada Sabtu.