Najib terkejut, naik pesawat AirAsia dengan slogan 'Hebatkan Negaraku'

Sinar Harian
Mei 7, 2018 23:30 MYT
Menerusi Twitternya, beliau memuji langkah Air Asia yang secara terbuka menyokong dasar mendahulukan rakyat juga tertera logo 'dacing' BN. - Foto Twitter
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut ketika berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini dengan pesawat AirAsia yang memaparkan slogan ‘Hebatkan Negaraku’, tema manifesto BN bagi PRU14.
Menerusi Twitternya, beliau memuji langkah AirAsia yang secara terbuka menyokong dasar mendahulukan rakyat juga tertera logo 'dacing' BN.
Perdana menteri menamatkan lawatan dua hari di Sabah, turut bergambar bersama pemimpin negeri itu dengan berlatarbelakangkan pesawat A330-300 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum menaiki pesawat untuk pulang ke ibu negara.

Surprised to be collected on a BN-themed @AirAsia flight by @tonyfernandes today! AirAsia success shows what can be achieved when visionary business and government come together #HebatkanNegaraKu pic.twitter.com/xaVDBa21AT

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Najib tiba di lapangan terbang itu pada kira-kira 4 petang selepas lawatannya di Kota Marudu bagi menghadiri program majlis pemimpin bersama rakyat.

Beliau diiringi dua Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Yahya Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman serta beberapa pegawai kanan kerajaan. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Tan Sri Tony Fernandes.

#AirAsia #Barisan Nasional #Kota Kinabalu #Kuala Lumpur #Malaysia Memilih #MalaysiaMemilih #Najib Razak #Perdana Menteri #pesawat #PRU14 #Tony Fernandes
;