Najib sebak sokongan ahli UMNO
Sinar Harian
September 30, 2018 06:17 MYT
September 30, 2018 06:17 MYT
Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menahan air mata menerima sambutan dan sokongan ahli UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018.
Beliau berkongsi perasaannya di Facebook pada Ahad, hari terakhir PAU 2018, bersama beberapa keping gambar menunjukkan beliau dipeluk beberapa individu dipercayai ahli parti.
“Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi. Saya sabar, saya reda. Ini semua ujian oleh ALLAH.
“Dan kini saya tahu, saya tidak keseorangan, saya ada saudara-saudari semua di sisi saya memberi kekuatan dan sokongan. Moga ALLAH merahmati kita semua,” katanya.
Dalam perkongsian sebelumnya, Najib berikrar setia bersama UMNO selamanya.
“Selagi hayat dikandung badan, selagi masih bernafas dan roh dalam jasad, berjuanglah. Saya akan terus tetap bersama rakyat dan UMNO dulu, kini dan selamanya,” katanya.