Najib pengerusikan mesyuarat khas MT UMNO

Astro Awani
Disember 9, 2015 13:34 MYT
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini akan dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang sedang berlangsung di Menara Dato' Onn, PWTC bermula kira-kira jam 8 malam ini dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Rabu mengesahkan kehadiran ke mesyuarat berkenaan.
Beberapa spekulasi termasuk pengguguran Muhyiddin daripada parti berlegar di beberapa portal serta laman sosial.
Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan mesyuarat itu tidak membincangkan isu pengguguran Muhyiddin, sebaliknya agenda pengurusan Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Menurut beliau, hanya dua agenda iaitu persiapan perhimpunan dan taklimat berhubung penyelarasan jurucakap negeri yang akan dibincangkan.
Jelasnya, kedua-dua perkara tersebut merupakan kelaziman perbincangan pada mesyuarat itu setiap tahun.
#majlis tertinggi #Mesyuarat Khas #MT #Najib Razak #presiden #UMNO