Najib minta pengundi PRK DUN Pengkalan Kubor tunai tanggungjawab hari ini

Bernama
September 24, 2014 23:38 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meminta pengundi PRK DUN Pengkalan Kubor keluar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak meminta pengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor keluar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
"Saya minta semua keluar mengundi di PRK Pengkalan Kubor esok (hari ini). Laksanakan tanggungjawab untuk negara dan buatlah pilihan yang tepat," kata Najib dalam laman Twitter beliau semalam.
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
#najib #Pengkalan Kubor #pengundi #PRK