Najib lebih pentingkan hak rakyat Sabah dan Sarawak - Jamawi
Irwan Muhammad Zain
April 8, 2018 22:50 MYT
April 8, 2018 22:50 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak berbanding ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar.
Katanya, Najib lebih terbuka dalam isu hak Sabah dan Sarawak serta Perjanjian Malaysia 1963 berbanding Dr Mahathir yang menakut-nakutkan mereka yang cuba membangkitkan isu itu.
Jamawi juga menjelaskan ada pemimpin Sabah yang sebelum ini memegang jawatan dalam kerajaan tetapi tidak pernah membangkitkan tentang Perjanjian Malaysia 1963.
"Tetapi selepas dia keluar dari UMNO dan tubuhkan parti lain, barulah bercakap tentang Perjanjian Malaysia 1963," katanya kepada Astro AWANI.
#Jamawi Jaafar
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Mohd Shafie Apdal
#Najib Razak
#Perjanjian Malaysia 1963
#PRU14
#Sabah
#Tenom