Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menunggu lama untuk melaksanakan ketetapan meremajakan parti yang diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, apabila beliau melancarkan sistem pendaftaran keanggotaan secara dalam talian hari ini.
Najib berkata pelancaran sistem itu selaras dengan hasrat mentransformasi dan meremajakan Umno supaya ia dilihat sebagai parti yang segar, dinamik, progresif dan mengamalkan keterbukaan.
"Hasrat kita ialah supaya bila kita sebut tentang peremajaan Umno dan konsep ini telahpun diperjelaskan dalam PAU, bererti bukanlah bahawa dari sudut kita mahu membuka pintu Umno kepada orang muda semata mata, atau mengganti orang lama secara mengejut.
"Sebaliknya peremajaan bererti segala aspek, segala amalan, segala pendekatan yang kita gunakan dalam parti hendaklah melalui proses peremajaan," katanya semasa berucap melancarkan sistem itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.
Menurutnya sistem pendaftaran itu akan mengurangkan kerenah birokrasi selain dapat menyelesaikan segala kerumitan dan hambatan yang menjadi kekangan dalam proses pendaftaran anggota baru.
Najib yang juga Perdana Menteri berkata sistem itu juga bertujuan membuka peluang yang lebih luas kepada generasi muda untuk menyertai Umno.
"Cerita borang hilang, cerita borang kena renyuk, cerita hantar borang tak diterima, cerita kena isi borang sampai dua tiga kali, kita dah letih.
"...kita berhasrat untuk membuka Umno kepada generasi muda yang kita sebut hari ini sebagai Gen Y. Sebab mereka ini sebenarnya banyak yang berminat mahu jadi ahli Umno. Ramai yang jumpa saya cakap mereka minat," kata beliau.
Menurutnya pelaksanaan sistem itu juga selaras dengan transformasi parti untuk menggunakan teknologi baru dalam pengurusan sesuai dengan keadaan semasa.
Menerusi pendaftaran dalam talian, katanya pemohon hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dan setelah permohonan diproses, pendaftaran mereka sebagai anggota Umno akan dilakukan dengan pantas.
"Kalau dia seorang pelajar di Minnesota, Amerika Syarikat, dia mohon dalam talian, dalam masa begitu pantas dan singkat, dia boleh jadi ahli Umno. Mungkin dalam masa 24 jam. Kita boleh terima dia sebagai anggota Umno, ada nombor pendaftaran keanggotaan... kecuali maklumat dia (beri) itu tidak benar.
"Kalau dia ahli parti pembangkang katakan, dia nak menyusup masuk, kita kemudian hari dapati dia ahli parti pembangkang, maka terbatal (pendaftarannya).
Sekiranya semuanya betul, kita hantar kepada perhubungan (negeri), kepada bahagian, (dan) akan diagih kepada cawangan yang berkenaan," katanya.
Najib pada taklimat tertutup bersama anggota perwakilan Umno seluruh negara sempena PAU pada 25 Nov lepas, memberitahu bahawa Umno akan melaksanakan sistem keanggotaan Umno secara dalam talian bagi meningkatkan jumlah pendaftaran anggota parti itu.
Pada masa ini, Umno mempunyai kira-kira 3.5 juta anggota di seluruh negara.
Bernama
Thu Dec 18 2014

NAJIB: Pelancaran sistem pendaftaran dalam talian ini selaras dengan hasrat mentransformasi dan meremajakan Umno supaya ia dilihat sebagai parti yang segar, dinamik, progresif dan mengamalkan keterbukaan. -Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

JPJ perkenal JPJeBid Mobile secara rintis mulai esok
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan saluran tambahan bagi bidaan nombor pendaftaran kenderaan iaitu JPJeBid Mobile secara ujian rintis mulai esok.

Lapan individu didenda RM6,000 setiap seorang, tawar kerja tidak wujud
Lapan individu masing-masing didenda RM6,000 atas pertuduhan melakukan penipuan dalam menawarkan pekerjaan tidak wujud secara dalam talian, minggu lepas.

Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.

Pemilihan parti: PKR akan guna undi elektronik dengan elemen AI - Fuziah
Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggunakan sistem pengundian elektronik dengan elemen kecerdasan buatan (AI).

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000
Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.

Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.

Perak sasar RM991 juta kutipan hasil tanah tahun ini
Kerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menyasarkan kutipan hasil tanah berjumlah RM991 juta pada tahun ini, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.

Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.