Najib harap pimpinan baharu sayap UMNO dapat galas tanggungjawab

Bernama
Jun 24, 2018 23:24 MYT
(Dari kiri) Noraini, Asyraf Wajdi dan Zahida semalam telah diumumkan masing-masing menang jawatan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO.
Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan sayap UMNO yang dipilih memegang jawatan pada pemilihan parti itu.
Bekas perdana menteri itu berharap pemimpin yang memenangi jawatan itu dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.
"Tahniah kepada sayap-sayap UMNO dan semua yang dipilih untuk pegang jawatan. Semoga tanggungjawab dapat digalas sebaiknya," kata Najib dalam catatan Twitter beliau malam tadi.

Tahniah kepada Sayap-sayap UMNO dan semua yang dipilih untuk pegang jawatan . Semoga tanggungjawab dapat digalas sebaiknya .

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemilihan sayap UMNO itu menyaksikan bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyandang jawatan Ketua Pemuda; Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Dr Noraini Ahmad Ketua Wanita, dan bekas Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan Ketua Puteri UMNO yang baharu. -- Bernama
#Asyraf Wajdi Dusuki #Najib Razak #noraini ahmad #Pemilihan UMNO #Pemuda UMNO #Puteri UMNO #Wanita UMNO #Zahida Zarik Khan