Najib hadir majlis kesyukuran 40 tahun dalam politik
Bernama
Februari 20, 2016 22:09 MYT
Februari 20, 2016 22:09 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak bersama lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis tahlil dan kesyukuran bersempena 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.
Perdana Menteri tiba jam 7.10 malam bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ke majlis yang dianjurkan UMNO itu dengan disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Najib kemudiannya menyertai solat Maghrib berjemaah yang diimamkan Imam Makkah, Sheikh Mohd Idris Mohd Al-Mashrafi diikuti tahlil, doa kesyukuran dan bacaan Yasin serta solat Isyak berjemaah.