Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN, tugas kembalikan sokongan rakyat
Fareez Azman
Julai 9, 2019 22:37 MYT
Julai 9, 2019 22:37 MYT
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) malam ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan media sebentar tadi.
“Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti ini," katanya.
Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Dewan Tertinggi BN sebulat suara bersetuju akan perlantikan itu.
Terdahulu, Najib dilihat memasuki bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghadiri mesyuarat tersebut di ibu pejabat parti, Menara Dato' Onn.
Turut kelihatan, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Seri S A Vigneswaran serta beberapa pimpinan Majlis Tertinggi UMNO.
#Barisan Nasional
#Dewan Tertinggi BN
#MCA
#MIC
#Najib Razak
#Pengerusi Lembaga Penasihat
#sokongan rakyat
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#UMNO