Najib bentang persempadanan semula bahagian pilihan raya Sarawak

Harits Asyraf Hasnan
Disember 2, 2015 13:17 MYT
SPR telah mengesyorkan jumlah Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak ditambah sebanyak 11 bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan 82 bahagian. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan usul persempadanan semula kerusi pilhan raya Sarawak di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri mencadangkan usul tersebut di bawah Seksyen 10, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan menyaksikan penambahan 11 kerusi menjadikan 82 kerusi keseluruhan.
"Bahagian pilihan raya yang baharu itu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu," katanya ketika membentangkan usul berkenaan.
Katanya, pertambahan bahagian pilihan raya ini akan dapat meningkatkan tahap perkhidmatan wakil rakyat kepada penduduk tempatan di Sarawak khususnya penduduk yang berada dalam kawasan bahagian pilihan raya negeri itu.
Najib berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesyorkan jumlah Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Sarawak ditambah sebanyak 11 bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan 82 bahagian.
Tambah beliau syor itu telah diwartakan untuk dikuatkuasakan pada 5 Dis 2014.
Najib sebelum itu tiba pada pukul 11.25 pagi tadi yang turut diiringi oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

PM @NajibRazak tiba di Parlimen, bentang usul persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri Sarawak @501Awani pic.twitter.com/oOZZnQZRyR

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

PM @NajibRazak dijadual mencadangkan usul Persempadanan Bahagian Pilihanraya Ng Sarawak di Dewan Rakyat @501Awani pic.twitter.com/qIAnwuBaeG

— Asyraf Hasnan (@HaritsKarev) December 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Draf bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri Sarawak 2015) telah dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada 26 November 2015.
Ia dibentangkan bersama Laporan Suruhanjaya Pilihanraya bertarikh 19 Oos 2015 mengenai kajian semula Persepadanan mengenai syor-syor yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di Sarawak kali keenam bagi tahun 2015.
Usul persempadanan semula tersebut sebelum ini tersenarai di dalam aturan meyuarat Dewan Rakyat pada 26 November lalu.
Sebelum ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dilaporkan berkata, SPR memerlukan sekurang-kurangnya majoriti mudah di Dewan Rakyat atau 112 undi daripada Ahli Parlimen bagi meluluskan cadangan penambahan 11 kerusi DUN Sarawak.
Selepas diluluskan di Dewan Rakyat, cadangan itu kemudiannya akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mendapat perkenan baginda.
Abdul Aziz berkata SPR juga sudah mengenal pasti 82 calon untuk mengisi jawatan Pegawai Pengurus bagi pilihan raya negeri akan datang.
Tambah Abdul Aziz, SPR juga sudah mengenalpasti lebih 100 calon untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai Pengurus untuk semua 82 kawasan pilihan raya.
#Dewan Rakyat #Najib Razak #persempadanan #pilihan raya #Sarawak #SPR
;