Muktamar Pas :Tiga penyandang Naib Presiden Pas kekal
Nur Fazlizai Ali
November 7, 2021 14:19 MYT
November 7, 2021 14:19 MYT
KUALA TERENGGANU: Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden Pas berjaya mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti pada Muktamar Tahunan Pas Ke-67 sesi 2021-2023.
Selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad, turut berjaya mengekalkan jawatan itu adalahTimbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Idris berjaya memperoleh sebanyak 1,164 undi diikuti Mohd Amar 956 undi manakala Ahmad Samsuri Mokhtar dengan 778 undi.
Calon baharu yang sebelum ini adalah Ahli Jawankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat Mohd Zuhdi Marsuki hanya memperoleh 623 undi.
Keputusan itu diumumkan wakil jawatankuasa pemilih, Mohd Norkhuzaini Ab Rahman di sini hari ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil Abdul Hadi mendapat undian tertinggi bagi mengisi 18 tempat Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Muhammad Khalil berjaya memperoleh 884 undi, diikuti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (877 undi).
Berikut adalah senarai Jawatankuasa Pas sesi 2021-2023:
PENGERUSI TETAP
HUSIN ISMAIL (MENANG TANPA BERTANDING)
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
KAMAL ASHAARI (MENANG TANPA BERTANDING)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
MD. SHUKOR AZIZ (MENANG TANPA BERTANDING)
MOHD. NAJIB AHMAD (MENANG TANPA BERTANDING)
PRESIDEN
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG (MENANG TANPA BERTANDING)
TIMBALAN PRESIDEN
DATUK SERI TUAN IBRAHIM TUAN MAN (MENANG TANPA BERTANDING)
NAIB PRESIDEN
IDRIS AHMAD (1,164 UNDI)
DATUK MOHD. AMAR NIK ABDULLAH (956 UNDI)
DATUK SERI DR. AHMAD SAMSURI MOKHTAR (778 UNDI)
AJK
1-MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI (884 UNDI)
2-DATUK SERI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR (877 UNDI)
3-KAMARUZAMAN MOHAMAD (872 UNDI)
4-IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN (844 UNDI)
5-RIDUAN MOHAMAD NOR (841 UNDI)
6-DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD (822 UNDI)
7-DR HALIMAH ALI (774 UNDI)
8-DATUK DR. MOHAMED FADZLI HASSAN (736 UNDI)
9-DATUK AHMAD MARZUK SHAARI (707 UNDI)
10-MOHD. NASSURUDDIN DAUD (706 UNDI)
11-DR. NAJIHATUSSALEHAH AHMAD (695 UNDI)
12-DATUK SITI ZAILAH MOHD. YUSOFF (688 UNDI)
13-DR. AZMAN IBRAHIM (679 UNDI)
14-NASRUDIN HASAN (645 UNDI)
15-DATUK AMZAD HASHIM (615 UNDI)
16-DR. ALI AKHBAR GULASAN (613 UNDI)
17-DATUK DR. MAHFODZ MOHAMED (609 UNDI)
18-DR. ROSNI ADAM (609 UNDI)