Muktamar Pas: Semua Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak kekal jawatan

Bernama
Oktober 19, 2023 17:03 MYT
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas Datuk Dr Abdul Halim Tamuri dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Kali Ke-62 yang berlangsung di Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Semua Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat mengekalkan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding bagi sesi pemilihan 2023-2025.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas Datuk Dr Abdul Halim Tamuri dalam Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Kali Ke-62 yang berlangsung di sini hari ini.
Keputusan itu sekali gus mengekalkan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Ahmad Yahya sebagai Ketua Dewan Ulama, sementara Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail sebagai Timbalan dan Khirul Muntanazar Ismail turut kekal selaku Naib Ketua.
Berikut merupakan senarai Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas sesi 2023-2025:
1. Dr Aminurrasyid Yatiban
2. Ana Masturah Ismail
3. Hishamudin Abdul Karim (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh)
4. Ibrahim Tahir
5. Ibrahim Zakaria
6. Massaudi Din
7. Mohd Asri Mat Daud (ADUN Demit)
8. Muhammad Ismi Taib (Ahli Parlimen Parit)
9. Nafiri Touzi
10 Nushi Mahfodz (ADUN Semenyih)
11. Syarbini Hussain
12. Zulkarnain Hassan
-- BERNAMA
#Muktamar Pas #Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak Pas Pusat #Abdul Halim Tamuri
;