KUALA LUMPUR: Ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang kini kian rancak untuk menyaksikan pertembungan peperangan baharu politik semasa tanah air, Muktamar Pas kali ke-67 juga mungkin akan menyaksikan polemik dalaman berbeza berbanding edisi muktamar parti itu sebelum ini.
Saf kepimpinan Pas mungkin akan dituntut untuk menyatakan pendirian oleh akar umbi berkenaan status semasa kerjasama parti tersebut dalam Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional.
Ia adalah agenda terbesar yang dikira memerlukan jalan penyelesaian yang ampuh dan segera untuk memastikan naratif dan masa depan parti itu.
Dilema yang dihadapi oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentunya tidak sedikit, ketika partinya memutuskan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Tetapi dalam masa yang sama Pas juga bertali arus menyatakan pendirian untuk terus menyokong dan istiqamah untuk tetap mendokong aspirasi Muafakat Nasional yang lebih awal dimeterai.
Malangnya, UMNO kini semakin jauh dengan PN dan semakin rancak mahu meleraikan ikatan tali bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Pas Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi juga turut senada apabila memperkatakan agenda utama yang bakal diketengahkan dalam Muktamar yang bakal berlangsung pada 6 dan 7 November ini.
“Ya, pada jangkaan saya sudah tentunya akan terarah kepada soal berkaitan penegasan Pas mengenai penyatuan ummah. Ketika ini mungkin ramai yang mahu melihat barisan saf kepimpinan membuat pilihan dan pendirian.
“Kalau diikutkan daripada angin yang bertiup tentunya kita akan fahami bahawa secara dasarnya kita tetap mahukan penyatuan Melayu. Apapun sudah tentunya barisan saf kepimpinan akan mengguna dan mempertimbangkan sebaik mungkin dan saya yakin dengan kebijaksanaan yang ada dalam kalangan mereka untuk menetapkan pendirian," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pagi tadi.
Tambahnya lagi, walau apapun yang berlaku, kepimpinan dan ahli-ahli Pas katanya tidak akan terikut-ikut atau terpengaruh untuk mengikut telunjuk pihak tertentu sebaliknya beliau yakin keputusan yang bakal dibuat akan dilakukan dengan teliti dan berhati-hati.
BACA: Keputusan sama ada pemilihan jawatankuasa tertinggi Pas bakal diadakan, diketahui minggu depan
BACA: PRN Melaka: Keputusan Pas cerminkan muafakat utuh PN - Azmin
BACA: PRN Melaka: Tindakan Pas guna logo PN tak jejas hubungan dengan UMNO
Beliau juga melihat Pas sehingga kini menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan yang menyatakan perbezaan keputusan yang berlaku di Melaka tidak menggambarkan bahawa UMNO-Pas tidak akan meneruskan jalinan kerjasama yang sedia ada.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Nov 04 2021
![Muktamar Pas kali ke-67 tentukan hala tuju kerjasama MN dan PN? Muktamar Pas kali ke-67 tentukan hala tuju kerjasama MN dan PN?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41636004848_PasUmno.jpg)
Apa solusi PAS dalam membuat keputusan bijak antara PN dan MN?
![Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718614946_NgaKorMing.jpg)
Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga
UN-Habitat diberi mandat oleh PBB untuk mempromosikan bandar dan pengurusan bandar yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar.
!['Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker' 'Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721271386_PATI.jpg)
'Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker'
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu cuba berdolak-dalih memberi pelbagai alasan.
![Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721272234_bekaspengurusbesar.jpg)
Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah
Tertuduh didakwa atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi diri sendiri, empat tahun lalu.
Platform media sosial culas buat pengesahan umur pemilik akaun - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil minta bantuan semua Ahli Parlimen yang bertemu dengan kanak-kanak bawah 13 tahun untuk memastikan mereka tidak membuka akaun media sosial.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa
Kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan.
Jangan anggap komen dalam sesi 'live' hilang - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata MCMC dan PDRM dapat kerjasama platform sosial media bagi kenal pasti komen dalam sesi live.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
!['Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini 'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721271693_keluargaNurFarah.jpg)
'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini
Keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah berharap urusan tuntutan jenazah berjalan lancar dan disegerakan.
![Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721270150_tbCavanSullivan.jpg)
Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS
Cavan Sullivan menjadi pemain termuda dalam sejarah untuk menyertai Liga Bolasepak Utama (MLS) pada usia 14 tahun.
![Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS
Ringgit terus melonjak dan mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh enam bulan pada sesi pembukaan hari ini.
![Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721268369_tbminyakmasaksubsi.jpg)
Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720561781_AbdulHadi.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas: Hadi Awang enggan ulas kenyataan Zahid Hamidi
Presiden Pas serah kepada orang lain atau rakyat untuk jawab kenyataan Presiden UMNO.
![Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720424816_ZahidHadiAwang.jpg)
Tiada kerjasama UMNO-Pas selagi Hadi presiden - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak akan ada kerjasama dengan Pas selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.
![Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717916690_TBTokMatjpg.jpg)
Malaysia sokong penyelesaian dua negara, AS kena pastikan Israel patuh resolusi
Malaysia berpendirian teguh bahawa tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pembunuhan terhadap rakyat Gaza dihentikan segera.
![Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714812254_Himpunan.jpg)
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
![Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697954745_TanSriAbdulHadiA.jpg)
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
![Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711313306_HadiAwang.jpg)
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
![Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710625577_TBAbdulHadi.jpg)
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
![Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709882975_AbdulHadiAwang.jpg)
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
![Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709801055_TBNikNazmi.jpg)
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
!['Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang 'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709704387_HadiAwang.jpg)
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.