KUALA LUMPUR: Lima jawatan tertinggi Pas iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden tidak akan dipertandingkan pada Muktamar Tahunan Pas ke-69 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata ini kerana hanya ada masing-masing satu pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden manakala satu daripada empat calon naib presiden telah menarik diri.
"Saya baharu menerima pengesahan seorang calon (naib presiden) menarik diri iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Jadi untuk jawatan naib presiden tiada apa-apa pertandingan.
"Ini bermakna barisan naib presiden sedia ada dikekalkan iaitu Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Idris Ahmad, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Ahmad Samsuri bin Mokhtar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung Pas di sini hari ini.
Jawatan Presiden Pas ketika ini dipegang oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sehubungan itu, Takiyuddin berkata pemilihan tahun ini hanya melibatkan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat membabitkan 18 ahli jawatankuasa serta jawatan pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap.
Muktamar Tahunan Pas ke-69 dijangka berlangsung pada 20 hingga 22 Okt di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam manakala Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat, Dewan Pemuda Pas dan Dewan Muslimat Pas akan diadakan lebih awal iaitu pada 18 hingga 19 Okt.
Selain itu, Konvensyen Dewan Himpunan Pendukung Pas Pusat dan Sidang Assabiqun Pas Pusat akan diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Okt.
Mengulas mengenai pembatalan kemenangan wakil Pas di kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, Takiyuddin berkata Pas akan meneliti Perakuan Hakim Pilihan Raya sebelum membuat sebarang keputusan.
"Kami hendak tengok dahulu apakah alasan dan dapatan yang dibuat oleh Hakim Pilihan Raya untuk kes (pembatalan kemenangan) Kemaman ini," katanya.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Selasa membatalkan kemenangan wakil Pas Che Alias Hamid yang mewakili PN di Parlimen Kemaman pada PRU15 selepas mendapati bantuan i-Belia dan i-Siswa diberi kerajaan negeri kepada pengundi semasa tempoh berkempen adalah rasuah.
Pada Jun lepas, kemenangan PN di Parlimen Kuala Terengganu turut dibatalkan atas alasan sama, namun Pas tidak merayu keputusan itu sekali gus membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan PRN di enam negeri lain pada bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023
Muktamar Tahunan Pas ke-69 dijangka berlangsung pada 20 hingga 22 Okt ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.- Gambar fail/Bernama
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Penduduk di PKPD Kota Setar diminta hubungi PKOB jika perlu bantuan makanan
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata ia bagi membolehkan agensi yang ditugaskan di PKOB menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan berikutan perintah itu.
PAS yang semakin kuat bila bersendirian
Persoalan yang berlegar dalam benak ahli PAS selepas muktamar ialah apakah putus atau tidak hubungan dengan DAP?