Mukhriz sambut Perdana Menteri di Langkawi
Astro Awani
Januari 23, 2016 21:12 MYT
Januari 23, 2016 21:12 MYT
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyambut ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira pukul enam petang tadi.
Najib berada di Langkawi bagi menghadiri majlis sambutan penerbangan sulung AirAsia laluan Langkawi-Guangzhou di Kompleks Lang Merah, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada pagi Ahad.
Ini merupakan kali pertama Mukhriz bersemuka dengan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika krisis menteri besar sedang hangat melanda negeri itu.