Mukhriz dakwa Muhyiddin cuba rasuah pembangkang raih sokongan

Astro Awani
Ogos 13, 2021 14:17 MYT
Mukhriz mendakwa Muhyiddin sebagai hipokrit apabila menyatakan beliau menolak kleptokrasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mendapatkan sokongan pembangkang bagi usul undi percaya dengan cara merasuah, dakwa Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menerusi ciapan di Twitternya, Mukhriz mendakwa Muhyiddin menawarkan rasuah untuk pembangkang terus menyokong beliau dan kerajaan minoriti yang diterajuinya.
"Adakah Mahiaddin cuba memanipulasi kita tadi? Adakah saya mendengar beliau (Muhyiddin) menawarkan kita rasuah untuk menyokongnya dan kerajaan minoritinya? Adakah beliau tawarkan untuk kekal sebagai perdana menteri dan akan terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU15 diadakan pada Julai 2022? Adakah kami ini bodoh?," katanya.
Mukhriz turut menempelak tawaran Muhyiddin yang mahu membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat jika memperolehi persetujuan bi-partisan.
[TERKINI] Ucapan Khas Perdana Menteri | 13 Ogos 2021
"Akta Anti Lompat Parti? Hallo! Kerajaan anda ditubuhkan dengan 'katak-katak' itu termasuk anda Mahiaddin! Undi 18? Ia telah mendapat undi 2/3 di Parlimen. Laksanakan sahaja," katanya lagi.
Ahli Parlimen Jerlun itu juga mendakwa Muhyiddin sebagai hipokrit apabila menyatakan beliau menolak kleptokrasi.
"Ketika Mahiaddin mendakwa beliau menolak kleptokrasi, beliau menawarkan wang kepada pemimpin pembangkang sebagai pertukaran untuk sokongan. Jika ini bukan hipokrit, saya tidak tahu apa,” katanya.
Tujuh tawaran Perdana Menteri sekiranya persetujuan bipartisan dicapai

Mahiaddins rhetoric sounds like hes denying YDP Agongs right to appoint as PM an MP who in his judgement is likely to command the confidence of majority of MPs.

— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) August 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

While Mahiaddin claims he rejects kleptocracy, he offers money to opposition MPs in exchange for support. If this isnt hypocrisy, I dont know what is.

— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) August 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Did mahiaddin just gaslight us just now? Did I hear him offer us a bribe to support him & his minority Govt? Did he offer to stay on as PM and will remain incumbent PM when GE15 happens in July22? Are we stupid or what?

— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) August 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Did mahiaddin just gaslight us just now? Did I hear him offer us a bribe to support him & his minority Govt? Did he offer to stay on as PM and will remain incumbent PM when GE15 happens in July22? Are we stupid or what?

— Mukhriz Mahathir (@MukhrizMahathir) August 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mukhriz juga berkata adalah salah untuk Muhyiddin mengatakan beliau tidak boleh meletakkan jawatan sehingga ada Ahli Parlimen yang mempunyai sokongan majoriti.
“Dalam Perlembagaan Persekutuan mana yang menyebut perkara ini?
“Perkara 43(4) menyatakan PM yang tidak mempunyai keyakinan majoriti ahli Parlimen perlu meletakkan jawatan Kabinet,” katanya.
BACA: Kerjasama rentas parti untuk kestabilan sebelum PRU15
BACA: 'Saya juga bertanggungjawab elak kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut tidak selesai' - PM
Ketika menyampaikan Utusan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.
BACA: Pelaksanaan Undi 18 antara tujuh tawaran Perdana Menteri
Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan RUU Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.
#Mukhriz Mahathir #Muhyiddin Yassin #Perikatan Nasional #bipartisan #keyakinan majoriti Ahli Parlimen