Muhyiddin tiada hak buat tawaran - Pejuang

Astro Awani
Ogos 13, 2021 23:54 MYT
Presiden Pejuang, Datuk Seri Muhkhriz Mahathir menjelaskan partinya dengan tegas menolak tawaran yang dibuat Muhyiddin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menegaskan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berhak membuat tawaran kerana tidak mempunyai keabsahan.
Presiden Pejuang, Datuk Seri Muhkhriz Mahathir menjelaskan partinya dengan tegas menolak tawaran yang dibuat Muhyiddin.
“Tawaran ini ibarat rasuah jawatan demi mendapatkan sokongan yang hanya menguntungkan diri beliau sendiri.
“Sudah terang lagi bersuluh, ini usaha terdesak Tah Sri Mahiaddin bagi mengekal kuasa dengan cara yang cukup tidak bermaruah,” katanya dalam satu kenyataan.
Ketika menyampaikan Ucapan Khas pada Jumaat, Muhyiddin memberi tujuh tawaran kepada pemimpin parti pembangkang untuk mendapatkan persetujuan bipartisan.
BACA: Mukhriz dakwa Muhyiddin cuba rasuah pembangkang raih sokongan
BACA: Kerjasama rentas parti untuk kestabilan sebelum PRU15
BACA: PH tolak 7 tawaran Muhyiddin, yakin boleh beri lebih baik kepada rakyat
Antara tujuh tawaran tersebut ialah membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Rakyat, peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa mengira parti dan pelaksanaan Undi 18 tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik.
Selain Pejuang, Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik juga menolak tawaran yang dibuat Muhyiddin.
#Parti Pejuang Tanah Air #Pejuang #tawaran #Perdana Menteri #Muhyiddin Yassin #Mukhriz Mahathir
;