Muhyiddin bakal daftar parti baharu hari ini
Astro Awani
Ogos 9, 2016 13:03 MYT
Ogos 9, 2016 13:03 MYT
Desas-desus penubuhan parti baharu oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal terjawab hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dijadual mendaftarkan parti baharu itu pada jam tiga petang ini di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) di Putrajaya.
Dalam satu laporan di portal berita tempatan, parti itu dikatakan akan didaftarkan atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Muhyiddin selaku pendaftar akan memegang jawatan sebagai Presiden parti manakala bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti.