Muafakat Nasional tidak akan dibubarkan - Ahmad Zahid

Hasimi Muhamad
Ogos 23, 2020 23:15 MYT
Zahid berkata gabungan Muafakat Nasional akan terus diperkasakan. -Gambar fail
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak akan membubarkan Muafakat Nasional (MN).
Sebaliknya, kata beliau gabungan tersebut akan terus diperkasakan.
“Muafakat Nasional akan terus dipertahankan dan diperkasakan.
“Bukan hanya menunggu PRU-15 (Pilihan Raya Umum ke-15) tetapi selepas PRU-15, kita akan memperkukuhkan Muafakat Nasional,” katanya ketika menyampaikan Ceramah Muafakat Nasional di sini, Ahad malam.
Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz.
BACA: BN tidak campur urusan Pas mahu daftar PN - Zahid Hamidi
BACA: Zahid Hamidi sah MIC daftar bersama Perikatan Nasional
Sebelum ini, PAS mengesahkan parti Islam itu mendaftar dalam Perikatan Nasional (PN) dan bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mendaftarkan gabungan berkenaan.
Hari ini, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), turut mengesahkan MIC juga menyertai PN.
#Abdul Hadi Awang #Barisan Nasional #Muafakat Nasional #Pakatan Nasional #PAS #pilihan raya #pilihan raya kecil #pilihan raya umum #UMNO #Zahid Hamidi
;