MP tidak dibenar bertanding selama 5 tahun jika letak jawatan

Bernama
November 13, 2018 19:24 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata perkara itu diperuntukkan di bawah Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan. - Foto BERNAMA
Kerajaan tidak mengenakan sebarang halangan bagi seseorang ahli Parlimen untuk meletak jawatan setelah dipilih melalui pilihan raya namun beliau dilarang untuk bertanding selama lima tahun jika berbuat demikian.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata perkara itu diperuntukkan di bawah Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya perkara yang sama juga dinyatakan oleh Perlembagaan Negeri bagi ahli Dewan Undangan Negeri yang meletakkan jawatan.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz (PAS-Bachok) yang bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat mengkaji undang-undang menghalang Anggota Parlimen daripada meletakkan jawatan tanpa sebab munasabah.
"Perkara ini perlu diteliti dengan lebih terperinci sebelum sebarang keputusan dapat dibuat," kata Liew dalam jawapan tersebut yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.
-- BERNAMA
#ADUN #Ahli Dewan Undangan Negeri #ahli Parlimen #letak jawatan #Liew Vui Keong #Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz #Perlembagaan Persekutuan #pilihan raya umum #PRU
;