Mohamad Hasan dilantik Pengarah Pilihan Raya UMNO

Bernama
Julai 13, 2021 11:46 MYT
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu berkuatkuasa serta merta. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu berkuatkuasa serta merta, menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Mohamad, atau lebih dikenali sebagai 'Tok Mat', ketika ini menjalankan tugas sebagai Pengerusi 'War Room' Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan hari ini berkata, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO itu, bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.
"Dengan kedudukan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Pengerusi BN, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya, yang melibatkan semua parti-parti komponen BN.
"UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO," katanya.
-- BERNAMA
#Mohamad Hasan #Tok Mat #Pengarah Pilihan raya #UMNO #Tajuddin Abdul Rahman #war room #Barisan Nasional #BN #Zahid Hamidi #Timbalan Presiden UMNO