Mohamad Hasan dan KJ kekal bertanding di kerusi sama, Isa Samad gugur

Astro Awani
April 23, 2018 18:22 MYT
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. - Gambar fail
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004 pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Penasihat Politik kepada Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Shaziman Abu Mansor masing-masing kekal mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dan Parlimen Tampin.
Kerusi Parlimen Rembau disandang Khairy selama dua penggal sejak 2008 manakala Shaziman di Parlimen Tampin selama empat penggal sejak 1999.
Mohamad mengumumkan bahawa Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek juga dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004.
BN turut mencalonkan muka baharu iaitu personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail, 41, atau lebih popular sebagai Syamsul Debat untuk bertanding di kerusi DUN Sikamat, katanya pada majlis penyerahan watikah kepada calon-calon BN di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.
Penyandang kerusi Parlimen Jempol yang juga bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad bagaimanapun digugurkan dari senarai calon PRU14 kali ini.
Berikut adalah senarai calon BN PRU14 Negeri Sembilan:
P.126 JELEBU
NAMA CALON: DATO JALALUDDIN BIN ALIAS
N.O1 CHENAH
NAMA CALON: SEET TEE YIN
N.O2 PERTANG
NAMA CALON: NOOR AZMI BIN YUSUF
N.O3 SUNGAI LUI
NAMA CALON: MOHD RAZI BIN MOHD ALI
N.04 KLAWANG
NAMA CALON: BAHARUDDIN BIN JALI
P.127 JEMPOL
NAMA CALON: DATO HJ MOHD SALIM BIN SHARIFF
N.05 SERTING
NAMA CALON: DATO SHAMSUL KAHAR BIN MOHD DELI
N.06 PALONG
NAMA CALON: MUSTAFA BIN NAGOOR
N.07 JERAM PADANG
NAMA CALON: L. MANIKAM A/L LECUMAN
N.08 BAHAU
NAMA CALON: CHOONG WAN YOU
P128 SEREMBAN
NAMA CALON: SEN DATO CHOONG SIN WOON
N.09 LENGGENG
NAMA CALON: MAZLAN BIN MAAROP
N.10 NILAI
NAMA CALON: LEAW KOK CHAN
N.11 LOBAK
NAMMA CALON: LIM KOK KEAN
N.12 TEMIANG
NAMA CALON: SIOW KOI VOON
N.13 SIKAMAT
NAMA CALON: SAMSUL AMRI BIN ISMAIL
N.14 AMPANGAN
NAMA CALON: DATO HJ ABU UBAIDAH BIN DATO HJ REDZA
P.129 KUALA PILAH
NAMA CALON: DATO SERI HASAN BIN MALEK
N.15 JUASSEH
NAMA CALON: DATO ISMAIL BIN LASIM
N.16 SERI MENANTI
NAMA CALON: DATO ABD SAMAD BIN IBRAHIM
N.17 SENALING
NAMA CALON: DATO ADNAN BIN ABU HASAN
N.18 PILAH
NAMA CALON: DATO NORHAYATI BINTI OMAR
N.19 JOHOL
NAMA CALON: SAIFUL YAZAN BIN
P.130 RASAH
NAMA CALON: NG KEAN NAM
N. 20 LABU
NAMA CALON: DATO HASIM BIN RUSDI
N.21 BUKIT KEPAYANG
NAMA CALON: MAH KAH YONG
N.22 RAHANG
NAMA CALON: YAP SUI MOI
N.23 MAMBAU
NAMA CALON: HOI CHOI SIN
N.24 SEREMBAN JAYA
NAMA CALON: DATO CHOONG VEE HING
P.131 REMBAU
NAMA CALON: KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
N.25 PAROI
NAMA CALON: GHAZALI BIN WAHID
N.26 CHEMBONG
NAMA CALON: SAIFUL BAHARI BIN IDRIS
N.27 RANTAU
NAMA CALON: DATO SERI UTAMA HJ MOHAMAD BIN HASAN
N.28 KOTA
NAMA CALON: AWALUDDIN BIN SAID
P.132 PORT DICKSON
NAMA CALON: DATO V. S. MORGAN
N.29 CHUAH
NAMA CALON: DATO SERI LIM CHIN SUI
N30 LUKUT
NAMA CALON: YEONG CON YU
N.31 BAGAN PINANG
NAMA CALON: TUN HAIRUDDIN BIN ABU BAKAR
N.32 LINGGI
NAMA CALON: ABD RAHMAN BIN MOHD REDZA
N.33 SRI TANJUNG
NAMA CALON: THINALAN A/L ROJAGAPALU
P.133 TAMPIN
NAMA CALON: DATO SHAHZIMAN BIN ABU MANSOR
N.34 GEMAS
NAMA CALON: ABD RAZAK BIN SAID
N.35 GEMENCHEH
NAMA CALON: DATO HISHAM BIN MOHD ISA
N.36 REPAH
NAMA CALON: PUI KIM SWEE
#Barisan Nasional #Hasan Malek #Khairy Jamaluddin #Malaysia Memilih #Menteri Besar #Mohamad Hasan #Negeri Sembilan #pilihan raya #pilihan raya umum #PRU14 #UMNO
;