Mesyuarat MKT UMNO: Pemimpin UMNO tiba di Menara Dato' Onn

Ridauddin Daud
Januari 12, 2022 20:52 MYT
Tajuddin adalah antara pemimpin UMNO yang dilihat sudah tiba bagi menghadiri mesyuarat MKT UMNO malam ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn di sini, kembali menjadi tumpuan petugas media berikutan berlangsungnya mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada malam ini.
Beberapa pemimpin seperti Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli MKT, Datuk Khaidirah Abu Zahar antara yang dilihat tiba awal.
Selain itu, turut kelihatan beberapa pemimpin lain seperti Naib Presidan UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ahli MKT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Petugas media daripada pelbagai agensi pula dilihat mula berkumpul di lokasi ini seawal jam 8 malam.
Difahamkan antara intipati perbincangan mesyuarat pada malam ini adalah berkaitan penetapan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU 2021) yang ditangguhkan sebelum ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan sebelum ini memamklumkan PAU 2021 yang sepatutnya berlangsung pada 13 sehingga 15 Januari ini ditangguhkan.
Penangguhan tersebut kata Ahmad Maslan, susulan bencana banjir yang berlaku banyak di kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.
#Mesyuarat MKT UMNO #PAU 2021 #banjir #pemimpin UMNO
;