Mesin imbas termaju: 17 lapangan terbang tidak perlu asingkan cecair, peranti elektronik

Astro Awani
Julai 10, 2024 05:45 MYT
Mesin pengimbas pintar termaju telah dilaksanakan di 17 lapangan terbang di seluruh dunia yang memberi pengalaman tanpa-tekanan (stress-free) kepada pengembara. - Foto Facebook Zurich Airport
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKG) menjadi lapangan terbang terbaharu yang yang membenarkan penumpang menyimpan cecair dan peranti elektronik dalam bagasi kabin sewaktu pemeriksaan keselamatan.

Ringkasan AI
  • HKG kini membenarkan penumpang menyimpan cecair dan peranti elektronik dalam bagasi kabin semasa pemeriksaan keselamatan menggunakan mesin x-ray tomografi berkomputer (CT) termaju.
  • HKG melabur AS$102 juta untuk sistem ini, yang dijangka siap dalam dua tahun dengan 50 saluran saringan keselamatan pintar dan 32 pengimbas badan akan diaktifkan.
  • Sistem ini mempercepat pemeriksaan keselamatan dengan visual tiga dimensi, mengurangkan masa saringan dan meningkatkan pengalaman pengembara.

Ia sekali gus menjadikan HKG sebagai lapangan terbang ke-17 di dunia yang mengguna pakai mesin dan sistem pengimbas keselamatan pintar, x-ray tomografi berkomputer (CT) termaju.
Pihak berkuasa lapangan terbang dilapor membelanjakan AS$102 juta untuk menambah baik sistem pintar pengimbas keselamatan itu.
Fasa peralihan itu dijangka mengambil masa dua tahun, di mana 50 saluran saringan keselamatan pintar baharu bersama 32 pengimbas badan akan diaktifkan bukan sahaja kepada pengembara malah kakitangan lapangan terbang yang bertugas.
Pengarah Eksekutif (Operasi) HKG, Steven Yiu Siu-chung berkata, selepas sistem itu diaktifkan secara menyeluruh, ia akan menjadikan HKG sebagai lapangan terbang pertama di dunia yang melaksanakan sepenuhnya sistem saringan keselamatan pintar.
"Kami mengharapkan 98 peratus pengembara akan selesai menjalani proses saringan keselamatan kurang dari lima minit," katanya.
BAGAIMANA IA BERFUNGSI
HKG bukanlah lapangan terbang pertama yang melaksanakan perubahan ini. Sejak 2015, lapangan terbang di seluruh dunia telah mula menggantikan sistem pengimbas yang lapuk dengan mesin x-ray tomografi berkomputer (CT) termaju.
Pengimbas CT ini menjana visual tiga dimensi, sekali gus membolehkan kakitangan keselamatan memutar imej dan memeriksa kandungan bagasi tangan dari sudut berbeza.
Dengan menyaring lebih ramai individu dalam jangka masa yang lebih singkat, teknologi ini membolehkan barisan penumpang bergerak dengan lebih pantas, membantu lapangan terbang mengelakkan kelewatan pada masa sama meningkatkan pengalaman dan mengurangkan tekanan kepada pengembara.
Walaupun pelaksanaan berbeza-beza di seluruh lapangan terbang, pengimbas biasanya menjadikan pengalaman perjalanan lebih mudah dalam tiga ciri utama:
Tahap 1: Penumpang tidak lagi perlu mengeluarkan peranti elektronik atau cecair dari beg mereka. Bagaimanapun, ia mesti disimpan dalam bekas tidak lebih daripada 100ml setiap satu.
Tahap 2: Penumpang tidak perlu lagi mengeluarkan kedua-dua peranti elektronik dan cecair dari beg mereka. Bagaimanapun, ia mesti disimpan dalam bekas tidak lebih daripada 100ml setiap satu.
Tahap 3: Penumpang tidak perlu lagi mengeluarkan elektronik dan cecair dari beg mereka, dan mereka boleh membawa cecair dalam kuantiti melebihi 100ml di dalam pesawat.
Di Malaysia, saringan keselamatan di lapangan terbang masih memerlukan pengembara mengeluarkan peranti elektronik seperti kamera, komputer riba/tablet, telefon pintar, selain cecair dari bagasi kabin.
Malah, pengembara masih perlu menanggalkan aksesori atau barangan peribadi seperti topi, tali pinggang, jaket, jam tangan dan kasut but.
Berikut 17 lapangan terbang yang telah mengaktifkan mesin pengimbas pintar termaju:
#CT scan luggage #keselamatan #mesin pengimbas lapangan terbang