Mesej tular mengenai kerajaan perpaduan adalah palsu
Astro Awani
Ogos 19, 2021 21:34 MYT
Ogos 19, 2021 21:34 MYT
KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya kerajaan perpaduan ditubuhkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut, adalah tidak benar.
Sumber memaklumkan Astro AWANI, dakwaan palsu itu kini sedang tular di media sosial.
Maklumat palsu tular itu turut mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan tersebut, kecuali jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan baharu tersebut.
Malah, kenyataan itu turut menyebut isu pelantikan Perdana Menteri baharu tidak dapat diselesaikan sehingga sekarang lantaran UMNO mahu jawatan tersebut.
#Yang di-Pertuan Agong
#Kerajaan Perpaduan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#media sosial
#pembangkang
#mesej tular