PENCAPAIAN Malaysia Baharu bukannya suatu usaha yang telah diambil oleh hanya satu parti politik tetapi usaha daripada empat parti iaitu Parti PPBM, DAP, PKR dan Amanah yang telah melakarkan suatu sejarah yang menjatuhkan parti kleptokrasi yang telah memerintah negara kita selama 61 tahun yang lalu.
Walaupun pelbagai pencapaian telah dilakukan oleh kerajaan PH, ia masih membimbangkan apabila beberapa pihak di dalam parti koalisi sendiri sentiasa menunggu masa dalam mencari peluang untuk mengkritik kerajaan atau mendesak pemimpin dikalangan koalisi sendiri sehingga ketahap menyeru untuk meletakkan jawatan mereka.
Selaku Kerajaan kita harus menjadi contoh kepada masyarakat dan parti pembangkang serta memberi laluan kepada pemimpin-pemimpin di peringkat Kebangsaan untuk menjalankan tugas mereka dalam membuat sebarang keputusan yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat, apabila seseorang pihak dalam koalisi sendiri berkelakuan dengan kurang berkesokongan ianya sentiasa akan memberi impak yang kurang baik terhadap pemimpin-pemimpin lain yang sentiasa berusaha gigih dalam melaksanakan tugasan mereka. Kita harus sentiasa memahami dan sedar bahawa kita bukan lagi Parti Pembangkang, malah merupakan Parti Pemerintah dan sebaik-baiknya bertindak seperti tersebut.
Perbuatan bertelingkah diantara satu sama lain dikalangan koalisi sendiri lebih memberi ruangan kepada parti pembangkang untuk bertepuk tangan serta ia tidak menampakkan suatu imej yang baik dikalangan masyarakat yang mengundi Kerajaan PH, selaku ahli-ahli kita haruslah sentiasa berganding bahu dan sentiasa membuat penyebaran informasi yang positif kepada orang awam bagi memastikan keharmonian sentiasa dijaga dengan sebaik-baiknya.
Percaya atau tidak apabila penggunaan tulisan jawi ini dibangkitkan dikalangan beberapa pihak mereka terus mengaitkan perkara ini dengan penyebaran agama Islam, kenapa? Ianya disebabkan tulisan jawi ini lebih kepada konteks penggunaan orang Melayu Islam zaman dahulu, tetapi merujuk kepada subjek yang ingin dikitengahkan adalah, tujuan penggunaan jawi yang diaplikasikan dalam subjek Bahasa Melayu yang mana ianya juga telah dikurangkan ke 3 mukasurat dan dijadikan opsional ini merupakan suatu seni dan tidak langsung dibabitkan dengan unsur keagamaan atau bangsa. Mentaliti negatif seperti ini harus disegerakan untuk berubah dan kita harus lebih berfikir secara terbuka dan lebih patriotisme.
Spekulasi oleh beberapa pihak yang menyatakan inisiaitf ini sebagai suatu cara untuk mempromosikan hujah Islamisasi menunjukkan betapa bodohnya mereka dan ia seolah-olah menjadi mentaliti pengkritik yang berada di dalam mentaliti pemikiran orang Melayu yang sama apabila melihat salib dan terus berfikiran dan menilai bahawa agama kristian sedang dipromosikan di negara kita.
Selaku Kerajaan kita haruslah berprinsip menghormati sebarang keputusan yang telah diambil oleh jemaah menteri demi menjaga keharmonian dikalangan pemimpin dan masyarakat supaya kita boleh tumpu lebih kehadapan dan memberi tumpuan penuh dalam melaksanakan manifesto-manifesto Pakatan Harapan.
Kita harus menjadi lebih serius dan berhenti untuk mengadu domba , mengecam sini dan sana dikalangan rakan koalisi serta mengambil pendirian serius dalam membuat suatu panggilan untuk membentuk perpaduan dan penyatupaduan dikalangan semua pihak dalam koalisi Pakatan Harapan demi menjaga kesejahteraan rakyat.
* Muhammad Shahrizul Muiz merupakan Setiausaha Organisasi DAPSY Tanjong.
** Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Astro Awani
Tue Aug 13 2019
Perbuatan bertelingkah diantara satu sama lain dikalangan koalisi sendiri lebih memberi ruangan kepada parti pembangkang untuk bertepuk tangan. - Gambar fail/BERNAMA
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Rusia teruskan uji peluru berpandu baharu
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan bahawa Rusia akan meneruskan ujian peluru berpandu hipersonik baharu, dalam situasi pertempuran sambil menegaskan simpanan senjata sedia digunakan.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Kenyataan Putin dibuat sehari selepas Rusia melancarkan peluru berpandu jarak sederhana baharu itu ke Ukraine buat pertama kali.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.
Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept untuk keputusan representasi dikemukakan Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
Speaker belum terima notis Bersatu berhubung keputusan enam kerusi Parlimen
Yang Dipertua Dewan Rakyat belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung keputusannya menyatakan tidak berlaku kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen.
Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin
Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak malam tadi.
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.