Menteri-menteri Kabinet beri ucapan terakhir sempena pembubaran esok

Nursyazwani Saiful Sham
April 6, 2018 05:41 MYT
Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran Parlimen esok bagi membolehkan proses PRU14 bermula. - Foto: Astro AWANI/Shahir Omar
Selepas lima tahun menggalas tanggungjawab berkhidmat untuk rakyat, menteri-menteri Kabinet meluahkan rasa penghargaan di platform media sosial masing-masing.
Antaranya, Menteri Pertahanan dan Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Mereka meluahkan rasa teruja terhadap pengumuman pembubaran Parlimen esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Last Cabinet Meeting ended at 10.48AM, It's a wrap everyone! pic.twitter.com/Lmcvr2SEqk

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) April 6, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Datuk Seri Najib mengumumkan Parlimen akan dibubarkan esok bagi membolehkan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula.
Pengumuman itu dibuat selepas Perdana Menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.
"Pengumuman ini dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Baginda telah memperkenan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa esok," kata Najib dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung hari ini.
#Abdul Rahman Dahlan #bubar #GE14 #Hishammuddin Hussein #isu semasa #Khairy Jamaluddin #Malaysia Memilih #Najib Razak #pembubaran #pilihan raya #PRU14 #Twitter #Yang di-Pertuan Agong