Menteri Kabinet, orang kenamaan tinggalkan kediaman Muhyiddin selepas pertemuan hampir 3 jam

Fareez Azman
Oktober 25, 2020 11:59 MYT
Petugas media sudah mula berada di luar kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara ketika ini. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pertemuan beberapa menteri Kabinet dan orang kenamaan di kediaman peribadi Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, di sini, berakhir hampir jam 11 malam ini.
Beberapa kenderaan menteri Kabinet mula dilihat meninggalkan kediaman perdana menteri sekitar jam 11.20 malam setelah bermesyuarat sejak jam 8 malam.
Antara menteri yang dilihat ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad; Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin; Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Turut hadir bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, Menteri Sumber Manusia, Datuk M Saravanan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Ahmad Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong.

Petugas media sudah mula berada di luar kawasan kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara ketika ini. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/KAD8X00Dmv

— Fareez Azman (@FareezAzmann) October 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #Yang di-Pertuan Agong #pendidikan #ismail sabri yaakob #Wee Ka Siong #Saravanan #Takiyuddin Hassan #titah agong #darurat
;